perlaksanaan MID

Pelaksanaan MID

              Keseluruhan pembinaan MID yang dibina di kawasan Wilayah KEJORA sehingga tahun 2009 adalah sebanyak 6 buah seperti berikut: :

Bil. Kategori MID Bilangan MID
1 Daerah 1
2 Mukim 5
Jumlah 6

Halatuju Pelaksanaan MID

                Mengikut perancangan Kementerian, menjelang tahun 2010 semua daerah akan mempunyai sebuah MID Daerah manakala sebahagian dari Mukim akan mempunyai sebuah MID Mukim. Kementerian akan meneruskan pelaksanaan MID ini dalam tempoh RMKe10 sehingga semua kampung mempunyai sebuah MID masing-masing. Berdasarkan konsep asas penubuhan iaitu pemilikan komuniti (community ownership), pendayaan masyarakat (empowerment) dan kemapanan (sustainability), aktiviti MID yang berbentuk keusahawanan dalam bidang ICT akan dipertingkatkan. Bagi tujuan tersebut, kursus-kursus profesional dalam bidang multimedia, pembangunan perisian aplikasi, laman web, penyenggaraan komputer serta rangkaian (networking) komputer akan dipertingkatkan. Bagi mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan, usaha dengan syarikat ICT terkemuka seperti Microsoft, Oracle, Cisco serta institut pengajian tinggi akan dilaksanakan bagi kursus-kursus di MID.

                  Dengan adanya kursus-kursus seperti ini, MID akan dapat menyediakan tenaga mahir dalam bidang ICT yang boleh menghasilkan produk-produk ICT untuk pasaran tempatan. Produk-produk seperti perisian aplikasi, multimedia dan animasi boleh dipasarkan ke peringkat sekolah, jabatan kerajaan, pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memerlukan. Dalam jangka masa panjang, MID akan menjadi pusat khidmat setempat (one stop center) bagi perkhidmatan lain termasuk jualan dan pembaikan komputer serta peralatannya. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjana pendapatan yang akan membolehkan MID ditadbir sendiri oleh masyarakat tempatan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) suatu masa nanti.

Leave a comment